Himpunan karya 'Sarip Dol' yang pernah mencetuskan fenomena dalam dunia penulisan media sosial tahun milenia. Penulisan beliau telah mencetus ramai yang mahu mencari Guru Tauhid untuk Mengenal Tuhan.
Buku ini dihasilkan untuk menghimpunan karya-karya Tuan 'Sarip Dol' yang pernah mencetuskan fenomena dalam dunia penulisan media sosial. Kisah Sultan Muzaffar Shah menjadi fenomena dan 'viral' yang banyak memberi kesan kerohanian kepada pembaca untuk Mengenal Allah. Namun, tanpa disedari, masih banyak karya-karya keTuhanan dan kerohanian yang dihasilkan oleh beliau. Adalah suatu kerugian jika penulisan ini diabaikan. Justeru, PIKIR mengambil inisiatif untuk mencetak dengan mendapat keizinan secara langsung daripada Tuan 'Sarip Dol' sendiri. Maka, terhasillah buku ini untuk tatapan rohani para pencari Tuhan.
Bukan sekadar senarai kandungan , tetapi inilah laluan travelog setiap pembaca.
Inilah peluang mengukur diri dengan penilaian yang realistik.
Panduan muhasabah iman terhadap pegangan Tauhid.
"Nukilan santai yang diisi dengan seribu satu kefahaman. Pada tahap menemui Allah ini terkandung cerita cinta, kasih, rindu, takut, gentar, segan dan sayang kepada Nya "
Pendeta, 25 Feb 2010
"Terima kasih tuan sarip dol..kerana menyuntik semangat kepada saya..al quran:rum:30)mohon berikan sedikit nasihat berguna lagi pada saya tuan.."
Kura-Kura, 4 Jun 2010
"Subhanallah tuan sarip saya trkedu mmbaca crita ni, bgtu indah skali iman orang yg sempurna imannya."
Awang Liku, 23 Feb 2010
Anda boleh memilih untuk mendapatkan buku ini dalam dua bentuk:
Buku Fizikal Dihantar terus ke alamat anda.
E-Book (PDF) Dihantar segera ke e-mel selepas pembayaran.