Kelas Al-Quran Lancar Ngaji

Betul Makhraj, Betul Sifat, Betul Tajwid

Ikuti Kelas Sekarang

Pengenalan

Ramai yang menyangka bahawa apabila telah boleh menyebut huruf al-Quran, boleh menyebut kalimah al-Quran dengan lancar, maka itu sudah dikira boleh membaca al-Quran. Jika itulah maksud 'pandai baca Quran', maka apa bezanya kita membaca al-Quran dengan kita membaca teks Arab? Dan apa bezanya orang Arab yang membaca al-Quran dengan orang Arab yang bercakap bahasa Arab? Yang membezakannya adalah TAJWID. Dengan sebab itu, mempelajari tajwid adalah wajib bagi yang membaca al-Quran.

Matlamat Kelas Al-Quran Lancar Ngaji

Dapat mencontohi cara Rasulullah s.a.w membaca al-Quran yang benar pada segi makhraj, sifat dan tajwid. Seterusnya dapat mentadabbur dan mengamalkan isi al-Quran asbab menjaga hak-hak al-Quran.

Tahap Pembelajaran

Tahap 1: Boleh Ngaji

Tahap 1

Ramai yang menyangka sudah pandai membaca Quran bila dah melepasi Muqaddam dan Iqra'. Tapi hairannya, bila baca Quran, masih tersekat-sekat, tersengguk-sengguk. Di mana puncanya?

  • ?? Tidak mahir membezakan huruf-huruf yang bentuk dan makhrajnya sama sehingga sering tersalah sebut.
  • ?? Baris dan tanda huruf tidak diambil berat akibatnya ketika membaca 'langgar saja'.
  • ?? Panjang pendek bacaaan diabaikan hingga bunyi dan sebutan jadi canggung dan 'sakit telinga' didengar.

Kesalahan-kesalahan di atas merupakan kesalahan berat dalam bacaan al-Quran. Justeru, Tahap 1 ini adalah penting bagi membetulkan kesalahan utama ini.

Tahap 2: Cekap Ngaji

Tahap 2

Mempelajari disiplin Ilmu Tajwid adalah fardhu kifayah dan membaca al-Quran dengan bertajwid adalah fardhu ain. Justeru, mempelajari Ilmu Tajwid menjadi wajib dikeranakan membaca al-Quran itu wajib dengan bertajwid.

Tetapi, ramai yang terlalu menekankan hukum tajwid secara teori tetapi apabila membaca al-Quran, hukum tajwid tersebut diabaikan.

Penyelesaian: Mengikut sistem ????????? (bertemu guru) secara bertentang dan ??????????? (mulut ke mulut) iaitu murid memerhati gerak bibir guru dan mengulang semula sambil diperhatikan guru.

Sehingga apabila murid telah dapat iltizam dengan hukum tajwid dalam bacaan dan guru mengesahkan, maka dia boleh membaca al-Quran tanpa pantauan guru.

Tahap 3: Mahir Ngaji

Tahap 3

Dalam pembelajaran Tahap Tiga ini akan menerangkan makhraj dan sifat huruf berserta hukum-hukum mad secara terperinci.

Mengapa penting mempelajari Ilmu Tajwid secara teori dan praktikal?

  • 1?? Supaya dapat mengetahui kedudukan huruf (makhraj) sama ada di rongga mulut, kerongkong, lidah, halqum atau bibir.
  • 2?? Supaya dapat membezakan bunyi huruf (sifat) - tebal/nipis, berdesir/tidak, tinggi/rendah, terbuka/tertutup.
  • 3?? Supaya dapat mengetahui sebab dan punca kalimah dipanjangkan atau dipendekkan (hukum mad).

Jika ketiga-tiga teori ini dapat dikuasai kemudian dipraktik, maka di sinilah mencapai perintah Allah SWT iaitu ??????????? - membaca al-Quran dengan tartil.

Kaedah Pembelajaran

a) Bersemuka

Kelas Al-Quran Bersemuka

Pembelajaran bersemuka dengan guru yang bertauliah, memfokuskan pada pembetulan makhraj, sifat, dan tajwid secara langsung untuk memastikan bacaan al-Quran yang sempurna.

  • Pembetulan bacaan secara langsung oleh guru
  • Kaedah ????????? dan ???????????
  • Fokus pada interaksi dan maklum balas segera

b) Dalam Talian

Kelas Al-Quran Dalam Talian

Kelas dalam talian menggunakan teknologi video untuk pembelajaran al-Quran, membolehkan pelajar dari seluruh dunia menyertai dengan keselesaan di rumah.

  • Fleksibiliti jadual pembelajaran
  • Tiada lagi masalah tempat dan jarak untuk pergi ke kelas
  • Pembelajaran interaktif melalui platform digital