Mudik: Dari Asal Pulang Ke Asal

Dari asal kita datang, kepada asal kita kembali. Pulanglah dengan kenal dan mengerti

Daftar Sekarang

Konsep Program

Program Mudik merupakan program utama PIKIR yang menketengahkan asas kefahaman dalam beragama dan bertuhan. Dalam program ini, peserta akan didedahkan tentang asal-usul kejadian diri, tujuan penciptaan dan halangan mencapai tujuan.

Mengapa Mudik Dilahirkan?

Kehidupan dunia yang semakin mencabar pada hari ini telah menjadikan kita lari daripada laluan dan tujuan asal kita diciptakan Tuhan. Meskipun lambakkan institusi agama lahir, namun kekosongan jiwa masih terasa. Masalah akhlak dan sosial masyarakat semakin runtuh dan menuju kebinasaan. Mudik tampil untuk mengambil bahagian dalam tanggungjawab dakwah ini untuk mendedahkan di mana titik kepincangan yang segalanya mesti bermula dari akar dan asal.

Struktur Program Mudik

Fasa 1: Mukaddimah

Pengenalan asas tentang asal-usul kejadian diri dan tujuan penciptaan.

Fasa 2: Tilik Diri

Pengamatan mendalam terhadap diri, tabiat, dan halangan spiritual.

Fasa 3: Sedarkan Diri

Kesedaran penuh dan komitmen untuk mudik kepada asal yang benar.

Siapa Sasaran Mudik?

Kaedah Program

a) Bersemuka

Program Mudik Bersemuka

Sesi bersemuka diadakan dengan pendekatan interaktif, membolehkan peserta berinteraksi secara langsung dengan fasilitator untuk memahami konsep Mudik secara mendalam.

  • Interaksi secara langsung dengan fasilitator
  • Sesi soal jawab yang dinamik
  • Perkongsian pengalaman secara langsung

b) Dalam Talian

Program Mudik Dalam Talian

Sesi dalam talian menggunakan platform digital untuk menyampaikan kandungan Mudik, memastikan fleksibiliti dan aksesibiliti kepada peserta dari pelbagai lokasi.

  • Fleksibiliti masa dan lokasi
  • Rakaman sesi untuk rujukan semula
  • Interaksi melalui platform digital

Program Mudik Siri Keempat

Sertai siri keempat Program Mudik dan rasai perjalanan pulang ke asal dengan kefahaman mendalam tentang diri dan Tuhan.

Bersemuka : 13 Disember 2025
Dalam Talian : 19 Disember 2025