 pikirhub.com
    pikirhub.com
   
      Memberi pendedahan, membina kesedaran, menggerakkan jiwa ke arah Tuhan
Terokai SekarangPIKIR adalah singkatan daripada Pencetus Ilmu Kesedaran Diri. PIKIR ialah sebuah platform dakwah moden yang mengetengahkan ilmu kesedaran diri untuk pembangunan kerohanian. PIKIR menawarkan produk dan program berasaskan prinsip agama dan ketuhanan secara berdedikasi untuk membantu individu mencapai kesempurnaan beragama melalui pendekatan holistik. Kami percaya bahawa perubahan bermula daripada kesedaran — dan kesedaran bermula daripada ilmu yang benar.
Melalui penganjuran program, slot tausiyah dan kelas pengajian di samping menerbitkan buku. Paling istimewa, PIKIR menawarkan aplikasi langka bagi kemudahan pengguna muslim dan muslimah. Tawaran dan khidmat ini bagi membantu masyarakat muslim khususnya yang berkait dengan urusan aqidah, ibadah dan akhlak dalam usaha membina keperibadian muslim yang sempurna.
Sertai program bimbingan seperti Slot Tausiyah, Program Mudik dan Lancar Ngaji bagi membantu anda memahami agama, membina jiwa dan hubungan dengan Tuhan secara mendalam. Dan dapatkan koleksi eksklusif seperti Travelog Fikir, Karyarasa Sarip Dol, Anxiety, Diari Muslimah, dan Muslim Kids Tracker. Setiap karya kami direka untuk membentuk peribadi muslim dan membina kesedaran.